Inspiring Happiness
HappyCorp Training & Consulting ditubuhkan secara khususnya untuk mengendalikan program yang berasaskan ‘Happiness’ yang menjadi impian dan harapan setiap individu.
Dengan visi Inspiring Happiness, Happycorp Training & Consulting merasa bertanggungjawab untuk menginspirasikan kebahagiaan kepada seluruh Masyarakat di Malaysia khususnya dalam memaknai erti kebahagiaan yang lebih bermakna, ilmiah, empirikal, praktikal serta mampu dipraktikkan oleh setiap individu dalam usaha memperbaiki diri secara terus menerus untuk menjadi insan kamil.

Sukri Saad
Director & Principle ConsultantSukri Saad memegang Ijazah Sarjana Psikologi Industri dan Organisasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia.
Beliau telah melibatkan diri dalam bidang latihan sejak menamatkan pengajian bermula dengan membangunkan Pusat Latihan Kemahiran Teknologi di Raub yang menjalankan program latihan kemahiran (Competency Based Training) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Beliau juga pernah membangunkan Pusat Latihan Bertauliah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Temerloh, Pahang.
Beliau merupakan seorang SEFTer (SEFT Practitioner) yang dibimbing dan dilatih secara langsung oleh Founder SEFT, Ahmad Faiz Zainuddin seterusnya mendapat kepercayaan daripada Founder dengan dilantik sebagai Associate Trainer oleh LoGOS Institute. Dengan SEFT, Beliau telah mengendalikan workshop dan kursus di seluruh Malaysia dan di Singapura yang dihadiri oleh pelbagai golongan profesional.
Beliau juga merupakan seorang usahawan sejak tahun 2005. Mula menceburi bidang perniagaan pembekalan pelbagai jenis barangan kepada sektor awam dan swasta bersama syarikat kumpulan Masware. Kemudian beliau kembali aktif dalam bidang latihan secara sepenuh masa dengan menubuhkan syarikat pengendali latihan pada tahun 2006. Pada tahun 2017 beliau mula menceburi bidang perniagaan berasaskan produk OEM dan jualan secara online. Sehingga kini beliau masih aktif membangunkan anak muda yang berminat dengan bidang keusahawanan.
Setelah bergelumang dalam dunia latihan, perniagaan, dan minat yang mendalam terhadap bidang psikologi positif, kini beliau telah mencipta satu modul beliau sendiri yang diberi nama Revolution of Happiness (ROH), Teknik Psikoterapi Spiritual Happiness Therapy, Happiness Entrepreneur (HappyPreneur) dan HappyPreneur Canvas.
Keahlian:
- Ahli Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA)
- Ahli Persatuan Psikologi Positif Sedunia (IPPA)